Kegagalanku

Sejak kebelakangan ini emosi sering tidak stabil. Mungkin tekanan tatkala menghadapi peperiksaan. Tetapi tekanan peperiksaan bukan satu perkara asing bagiku. Sudah berkali-kali aku menghadapi peperiksaan. Konsep usaha-doa-tawakkal senantiasa menjadi pedoman ku menghadapi setiap peperiksaan. Alhamdulillah masih diberi ruang masa dan nikmat kesihatan untuk berusaha bagi peperiksaan kali ini. Tetapi mengapa hati masih tidak tenang sepenuhnya?Aku hairan. Jika hendak disalahkan peperiksaan, fokus aku ketika mentelaah subjek tidak lari. Setiap hari di Barr Smith Library aku masih diberi rezeki dan kesempatan untuk mentelaah ilmu dengan tenang.

Misteri. Itu perkataan paling sesuai untuk mengungkap perasaan ini. Kenapa emosi ku tidak stabil. Dalam masa satu hari bermacam perasaan membelenggun hidup ku. Perasaan gembira dan duka itu bagai tidak boleh dibezakan. Sekejap aku gembira sekejap aku berduka dan seringkali aku marah secara tiba-tiba.

Aku menjadi takut lalu aku cuba muhasabah perlakuan ku. Mungkin aku telah menyalahi atau menyakiti perasaan sesiapa tanpa aku sedari. Aku terus meminta maaf kepada semua rakan-rakan di sekelilingku. Alasan yang aku beri, 'exam sudah dekat'. Tidak aku bukan meminta ampun kerana exam, aku mahukan kemaafan kerana aku dapat rasakan seakan-akan ada insan yang tidak senang dengan ku.

Nikmat ketenangan jiwa kembali dalam hidupku. Tetapi malangnya, hanya buat sementara waktu. Sehabis peperiksaan pertama ku, emosi aku sekali lagi meragam. Kali ini lebih dahsyat. Aku bingung dan tersentak. Apa pula salahku kali ini.

Dalam kelekaan melayari laman web aku terbaca:

Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).


Mungkin inilah kesalahan ku. Sudah hampir 8 bulan aku diberi amanah menjadi pemimpin di sini. TETAPI kerana terlalu leka mengejar sesuatu perkara yang sebenarnya aku tiada kuasa untuk mengubah,satu perkara yang Allah sudah tetapkan aku ambil mudah tanggungjawab ku. Aku hanya melakukan perkara yang disuruh dan tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk melakukan perkara lain. Amanah ku bukan hanya untuk membuat apabila disuruh, amanah ku lebih besar dari itu. Aku perlu banyak berubah.

Ya Allah. Aku sedar dan insaf. Berikan aku kekuatan untuk menjalankan amanah ini. Aku akan cuba memperbaiki diriku. Berikan lah daku ketenangan jiwa. Berikanlah kesabaran serta keredhaan. Tetapkanlah hatiku untuk meneruskan perjuangan ku ke arah kejayaan ketika menghadapi perhitungan mu satu hari nanti.

0 Responses to "Kegagalanku"