Entering my final year Im pretty sure they will be people that will ask me about this when I return. For now all I can say is there are many things that I want to achieve first before settling down. However it does not mean I dont think about it at all.
Jodoh kita sebenarnya sudah tertulis di loh mahfuz. Kita suka atau benci, segalanya sudah tertulis dan sebagai manusia kita perlu redha. Kita mampu merancang tetapi Allah ada perancanganNya untuk kita dan semestinya perancangan itulah yang terbaik.
Berbicara soal jodoh ni, saya ada ciri-ciri pilihan sendiri. Sebab tu sepanjang hidup saya sangat susah untuk mempunyai perasaan dekat seseorang perempuan. Kalau saya tertarik pun banyak benda yang saya kena check sebelum betul2 nak suka.
Paling penting, mestilah rupa. Paras rupa mesti kena cantik dan penampilan kena kemas. Buat apa nak hipokrit, mana ada orang dalam dunia ni yang tak pentingkan kecantikan. Tetapi kecantikan tu subjektif. Kecantikan di sini bermakna cantik untuk saya. Tak kira la pendapat orang lain macam mana.Yang penting saya rasa cantik. InsyaAllah in the future I will provide her enough money for grooming,slimming beautiful clothes, everything.(kena kerja keras ni)
Saya juga pentingkan latar belakang. Bukan latar belakang keluarga tetapi latar belakang si dia. Macam mana dia bergaul dengan kawan-kawan, cara dia bercakap dengan orang tua tu semua sangat penting. Saya ada cita-cita yang memerlukan orang yang bakal bersama saya itu bersih dari benda yang bukan-bukan.
Cara dia position diri dia dekat public pun penting. Cara dia duduk dan cara dia berjalan. Duduk kena sopan berjalan kena tegak dan yakin. Contohnya, Kate Middleton dari segi public relation dia adalah wanita ideal bagi saya.
Otak pun kena ada jugak.Saya sangat suka intelectual discussion. Not all the time but from time to time. Sebab tu saya nak cari orang yang membaca dan orang yang boleh berhujah dengan baik. Senang nak communicate, nak bersembang pun tak bosan.
Kalau boleh nak cari orang yang minat sukan. Definitely bukan sukan2 yang terlalu lasak mcm base jumping atau panjat gunung ke apa tapi sukan komersial mcm bola, F1 or tennis maybe?Boleh kongsi minat sama-sama.
Ciri-ciri suri rumah pun penting jugak. Kemas rumah saya sangat2 tak boleh duduk dalam keadaan bersepah dan berhabuk. Masak? That should be a bonus tetapi kalau takder I dont really see it as a must. Asalkan rajin & pastikan ada makanan untuk dimakan. I did not grew up with home cooked meals but my mom made sure there's always food for us. Dont get the wrong idea, she do cook but not always.
Last but not least, dia mesti financially prudent. Susah kalau orang perempuan ni jenis yang tak pandai control duit. Berbelanja mengikut kemampuan. Bukan nak kedekut tetapi kalau ada 1000 kena belanja cara ada 1000 kalau ada 1 juta kena belanja cara ada 1 juta. Baru tak celaru hidup.
Seperti yang saya telah katakan tadi, kita boleh merancang atau berkehendak ke atas seusatu tetapi segalan-galanya kita terpulang kepada Allah.
Dalam soal jodoh sebenarnya yang paling penting AGAMA. Kalau takder sekalipun semua ciri-ciri yang saya nyatakan tadi, kena ada usaha mendekatkan diri pada agama.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
Mungkin orang akan kata kau nak macam2 ko tu mcm mana?
Thats the reason why I work hard to improve myself everyday.
Jodoh
aku ingin berjuang
Apa guna tuntut ilmu
jika hidup sekadar mengejar wang
Apa guna selamat
jika ramai yang teraniaya
Apa guna gembira
Jika masih ramai berduka
Apa guna mekar
Jika hakikatnya layu
Apa guna tenang
Jika hati masih resah
Apa guna bangkit
Jika matlamat tidak tercapai
Apa guna merdeka
Jika akal masih terjajah
Apa guna suara
Jika tiada kebebasan bersuara
Apa guna mata
Jika hati terus buta
Apa guna semangat
jika aku tidak berjuang
Biar aku mati
Tetapi jangan aku dipersiakan
Ahmad Ridhuan Alauddin
Suara anak muda di Malaysia sangat sayu. Jika kita berbeza pendapat ancaman berbentuk ISA sering diomong-omongkan. Bukankah ISA itu gunanya untuk menjamin ketenteraman negara?Jadi mengapa perlu ia digunakan untuk menyekat suara-suara lantang yang inginkan kebaikan untuk negara?Hati sangat kecewa apabila ramai orang yang sebenarnya sayangkan negara ingin menyatakan perbezaan pendapat tetapi terpaksa melupakan hasrat kerana ancaman berbentuk ISA. Saya tidak anti internal security act kerana ia penting untuk menjaga KESELAMATAN negara. Tetapi jika ia untuk menakutkan rakyat dan menutup KEBEBASAN bersuara itu bukanlah tujuannya.THINK.IMAGINE.BELIEVE.