aku ingin berjuang

Apa guna tuntut ilmu
jika hidup sekadar mengejar wang

Apa guna selamat
jika ramai yang teraniaya

Apa guna gembira
Jika masih ramai berduka

Apa guna mekar
Jika hakikatnya layu

Apa guna tenang
Jika hati masih resah

Apa guna bangkit
Jika matlamat tidak tercapai

Apa guna merdeka
Jika akal masih terjajah

Apa guna suara
Jika tiada kebebasan bersuara

Apa guna mata
Jika hati terus buta

Apa guna semangat
jika aku tidak berjuang

Biar aku mati
Tetapi jangan aku dipersiakan

Ahmad Ridhuan Alauddin


Suara anak muda di Malaysia sangat sayu. Jika kita berbeza pendapat ancaman berbentuk ISA sering diomong-omongkan. Bukankah ISA itu gunanya untuk menjamin ketenteraman negara?Jadi mengapa perlu ia digunakan untuk menyekat suara-suara lantang yang inginkan kebaikan untuk negara?Hati sangat kecewa apabila ramai orang yang sebenarnya sayangkan negara ingin menyatakan perbezaan pendapat tetapi terpaksa melupakan hasrat kerana ancaman berbentuk ISA. Saya tidak anti internal security act kerana ia penting untuk menjaga KESELAMATAN negara. Tetapi jika ia untuk menakutkan rakyat dan menutup KEBEBASAN bersuara itu bukanlah tujuannya.THINK.IMAGINE.BELIEVE.

2 Responses to "aku ingin berjuang"

ihsan_huhu (visit their site)

ISA: untuk menjaga keselamatan BN

PeNgEmiS dUniA (visit their site)

kami perlukan dhuan untuk takluk putrajaya !