Perasaanku ibarat layang-layang,
Bebas membelah awan,
Ingin terbang jauh,
Tinggal bumi yang nyata,
Ku berlegar tanpa mencari
Detik kualami satu persatu,
Angin ku redahi tiada risau,
Hatiku amat bebas
Setelah ku temui dirimu
Bagaikan layang-layang
Setinggi manapun ia terbang
Rebah ke bumi jua akhirnya
Kau ingatkan aku
erti cinta dan kasih
Mengingatkan ku
keindahan perasaan ciptaan ilahi
Ku tidak inginkan cinta
yang mekar bagai bebunga mawar
mekar sehari layu esoknya
ku mahu cinta ini
seperti layang-layang
betapa rebahnya ia di dunia
tetap ingin terbang semula
Ku ingin bersamamu terbang di lelangit
Ku ingin bersamamu tika rebah di bumi
1 year ago
0 Responses to "Erti"
Post a Comment