Kesabaran

Ramai orang mengenali saya bukan sebagai seorang yang pemarah. Saya jarang meninggikan suara ataupun cepat marah. Setiap kata-kata tidak kira hinaan atau pujian saya akan sambut dengan hati yang terbuka. Saya menerima dan menghormati prinsip kebebasan berpendapat. Saya sedar yang saya tidak akan mampu membuat semua orang menyukai saya. TETAPI kesabaran itu ada peringkat dan ada batasan. Saya mungkin akan senyum dan dan terus senyum tetapi jangan sangka yang saya akan membiarkan ianya lepas. Mungkin bukan hari ini tetapi satu masa nanti bila masanya tiba saya akan balas dan saya akan menjadi kejam. Bukan untuk membalas dendam tetapi sekadar menuntut keadilan. Emosi boleh dikawal dan pada yang sama boleh menjadi tidak terkawal.


Ingatlah kebahagiaan tidak mungkin akan kita capai dengan kebencian. Kita harus mencari bahagia dalam keadaan kasih dan sayang. Mustahil kita akan dapat merasai kemanisan cinta yang datang daripada kebencian. Jika kemenangan yang sedang dicari.Tahniah anda telah menang tanpa bertanding.

Persoalannya, adakah hati itu hadiah kemenangan?

This is not a game.This is love you are talking about.=)

2 Responses to "Kesabaran"

韋于倫成 (visit their site)

朝著既定的目標走,就不會迷失。..................................................

韋于倫成 (visit their site)

很不賴的分享!! 多謝啦!!◑0◐........................................