Reformasi
Kemenangan DAP di Sibu seharusnya menjadi satu pembuka mata kepada kempimpinan Parti Keadilan Rakyat. Tatkala Pakatan Rakyat semakin mendapat kepercayaan di peringkat bawahan PKR dilihat semakin goyah tidak mampu berpegang teguh kepada kuasa. Kebanyakan wakil rakyat PKR yang lompat rata-ratanya wakil rakyat penggal pertama yang tidak mungkin berada mendapat kerusi tanpa sokongan rakyat terhadap PKR pada pilihan raya umum yang lalu. Hendak atau tidak PKR bertangugnjawab ke atas kejatuhan kerajaan negeri Perak kerana majoriti yang lompak datangnya dari PKR. Mungkin sudah tiba masanya PKR menghidupkan slogan 'reformasi' yang menjadi pembakar semangat perjuangan ahli-ahlinya. Sebelum berangan-angan untuk membawa reformasi di peringkat nasional, PKR harus membuat reformasi dalaman serta merta. Bukan mudah untuk mentadbir negara. Melihat sokongan rakyat di dalam 11 pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke-12 tidak mustahil Pakatan Rakyat bakal diberi mandat untuk memerintah di dalam pilihanraya yang akan datang. Persoalannya sekarang adakah PR sudah bersedia?Parti-parti komponen PR terutamanya PKR harus mula mengukur baju di badan sendiri. Jika masih lemah sesuatu bentuk anjakan paradigma hendaklah diusahakan. Rakyat sudah tentu tidak mahu kerajaan yang tidak bersedia dan tidak mampu bertahan.UMNO akan terus mengasak tetapi didalam peperangan jentera sendiri haruslah kukuh dahulu sebelum berhadapan pihak lawan.
Kekuatan
Kekuatan PKR khususnya terletak kepada golongan muda dan berpendidikan.Perkara ini memang jelas dan di sedari pimpinan parti tetapi setakat ini usaha untuk mempertengahkan golongan muda masih samar. Jika mereka benar-benar serius untuk memperkasakan parti, golongan muda dan berpendidikan ini wajib dipertengahkan. Sayap Angkatan Muda terutamanya perlu menjadi lebih intelektual. Sebagai pemerhati luar apa yang dapat dilihat adalah AMK terlalu emosional. Mereka sangat cenderung berdemonstrasi. Mungkin sebagai pembangkang budaya ini wajar tetapi harus diingat PR sudah memerintah di 4 negeri. Seharusnya AMK diberi peranan yang lebih bermakna dan dikerah untuk membantu kerajaan di negeri-negeri ini. Sekurang-kurangnya jika diberi mandat kelak pemuda-pemuda ini sudah mempunyai pengalaman dan boleh diserap masuk membantu kerajaan. PKR perlu memandang berat aspek pentarbiyyahan generasi muda agar tidak terus dikemudi insan-insan yang tidak setia. Berdasarkan pemerhatian banyak mahasiswa di dalam dan luar negara menyokong perjuangan PKR di dalam dia atau terang-terangan. Seharusnya wujud satu usaha untuk merapati golongan ini dan menggunakan potensi yang ada pada mereka untuk pembangunan parti. Jika benar PKR disokong pemuda sewajarnya parti ini didokongi golongan muda.
Masa Depan
Memetik tulisan blogger Sang Pelangi
"Tidak sukar Anwar Ibrahim untuk mempengaruhi pemuda. sebenarnya. Anwar mempunyai tokoh muda yang boleh diketengahkan seperti YB NIk Nazmi,YB Nurul Izzah,YB Yusmadi,YB Ong Chin Wen dan YB Sim Tze Tsin yang semememangnya muda dan sebahagiannya mempunyai pengalaman zaman mahasiswa yang gemilang"
Jika ada suara-suara diluar yang mengatakan PKR parti yang retak menunggu belah ini adalah satu kenyataan yang tidak benar. Sememangnya ramai yang telah lompat tetapi mereka ini bukan golongan yang menentukan masa depan parti. Mereka ini golongan yang lompat dan sudah menjadi sejarah kepada parti. Atas dasar semangat demokrasi itu adalah hak mereka dan PKR perlu hormat keputusan itu. Persoalannya sekarang kemana arah parti setelah ditinggalkan pembelot-pelbelot ini?
Jawapannya jelas. Golongan muda adalah jawapan kepada segala kepincangan di dalam parti. Jika pemimpin atasan seperti Azmin Ali, Syed Husin atau Anwar Ibrahim sendiri membimbing anak-anak muda.Tidak mustahil PKR akan melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang mebawa arus politik baru. Pemuda yang beragama, berpendidikan dan lantang bersuara ini yang perlu dicari parti. Bukan pemimpin-pemimpin buangan BN yang tidak langsung memahami semangat perjuangan PKR. Pengalaman mungkin menjadi satu alasan untuk tidak mempertengahkan golongan muda tetapi jika dilatih pengalaman itu akan datang. Oleh itu PKR mula mula memperkasakan unit latihannya agar lebih ramai pemimpin muda dapat dilahirkan.
Laungan reformasi tidak boleh sekadar menjadi laungan retorik. Laungan itu perlu dihayati dan dihidupkan. PKR sendiri perlu bermula dengan melakukan reformasi dalaman. Sebagai parti yang baru berusia setahun jagung mungkin proses pembesaran parti amatlah perit. Ramai yang sudah mula penat dan bosan untuk berjuang di jalan yang sukar. Tetapi perjuangan parti perlu diteruskan. PKR adalah satu parti masa depan. Rakyat meletakkan banyak harapan ke atas parti ini. Seluruh jentera parti wajib menyedari hakikat ini.Hidupkan reformasi kerana itu adalah janji parti kepada rakyat.
1 year ago
0 Responses to "Masa depan KeAdilan"
Post a Comment