Masihkah

Lets get serious I wanna express my thoughts about my beloved malaysia. Since i left school i havent got ay chance to write in my national language so now im gonna do it!=)



Masihkah ada harapan untuk kita?Siapa kita?Generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara kita. Masihkah wajar bagi kita bermimpi mengendalikan dan memacu negara tercinta ke arah mencapai lebih bayak kegemilangan. Senario politik masa kini amat mengelirukan dan sinar harapan semakin malap. Persoalan utama adakah langkah-langkah yang diambil oleh pemimpin kita hari ini cukup pro aktif bagi menjamin satu masa depan yang cemerlang? Sama ada kita suka atau tidak kita terpaksa menerima bahwa setelah 50 tahun dilepaskan daripada cengkaman penjajah kita masih terbahagi mengikut kaum.Pelbagai dasar telah dibuat bagi menyatukan semua rakyat menjad satu bangsa Malysia. Hasilnya tidaklah seberapa. Mungkinkah usaha seterusnya harus berubah. Mungkin juga objektif kita seharusnya ke arah sesuatu yang berbeza. Mengapa? Kerana tiada gunanya berusaha melakukan sesuatu yang hasilnya sia-sia. Jika setelah anda membaca setakat ini mula timbul persoalan di minda apa kewajarna saya menulis mengenai isu ini. Harus diingat jika tiada langkah drastik diambil untuk memperbetulkan keadaan kami generasi ini harapaan untuk menjadi satu bangsa malaysia yang gemilang akan hanya menjadi satu mimpi indah yang tidak menjadi kenyataan. Tatkala ekonomi negara dan dunia terumbang ambing pemimpin kita sekadar mampu mengaburkan mata rakyat dengan statistik yang jelas tidak melambangkan penderitaan rakyat jelata. Sebelum saya meneruskan ingin saya tegaskan di sini bahawa tulisan ini adalah pandangan peribadi, saya tidak mewakili mana2 pihak. Mungkinkah sudah tiba masanya kepimpinan negara ini bertukar agar anjakan paradigma dapat dibawa dengan segara kepada negara kita yang semakin tenat. Tsunami politik yang berlaku awal tahun ini sudah jelas membawa sentimen rakyat walaupun masih belum menyeluruh itu adalah petanda awal kepada perubahan yang lebih dahsyat,perubahan yang ketagih majoriti rakyat bumi merdeka ini. Walau apa perubahan itu kepentingan rakyat haruslah diutamakan dan rakyat Bukan hanya terdiri daripada satu kaum atau tiga kaum tetapi semua warganegara bumi bertuah ini. Sebagai permulaan sampai disini dahulu coretan saya buat masa ini. Ini permulaan dalam usaha memupuk kesedaran dalam kalangan generasi muda yang rata2 tidak ambil peduli akan masa depan negara ini.

0 Responses to "Masihkah"